Ramai meramalkan generasi konsol sekarang akan menjadi generasi terakhir kerana penstriman akan menggantikannya dalam masa terdekat. Sony dan Microsoft kedua-duanya menawarkan perkhidmatan penstriman permainan video mereka di pasaran tertentu. Hari ini Microsoft mengumumkan perkhidmatan Xbox Cloud Gaming mereka akan boleh digunakan pada model televisyen dan monitor pintar Samsung bermula 30 Jun depan.

Perkhidmatan boleh diakses menerusi aplikasi yang dipasang pada peranti dengan ia boleh dilancarkan menerusi Samsung Game Hub. Sebelum ini Xbox Cloud Gaming hanya ditawarkan pada konsol, peranti pintar mudah alih dan PC sahaja. Perkhidmatan akan ditawarkan ke 27 negara terlebih dahulu dan tidak mengejutkan Malaysia bukan antara negara gelombang pertama.
Pada waktu ini Xbox Cloud Gaming menyokong penstriman 1080P 60FPS sahaja. Microsoft berkata pelbagai alat kawalan permainan Xbox dan juga Sony Dual Sense akan diberikan pada televisyen dan monitor pintar Samsung tahun 2022 yang disokong.