Cari @ Amanz

TikTok Menambah Ciri Untuk Mengawal Masa Dihabiskan Dalam Aplikasi

Link Copied!

Sungguh mudah menghabiskan ratusan jam sehari menonton video TikTok. Tatal sahaja video ke atas untuk disajikan video yang dirasakan serasi menggunakan algoritma terbina. Tetapi ketagihan ini tidak baik untuk semua pengguna. Oleh itu TikTok telah mengumumkan ciri yang membolehkan pengguna mengawal waktu yang dihabiskan dalam aplikasi.

Bagi pengguna bawah umur, mereka akan disarankan untuk mengaktifkan ciri ini jika aplikasi mengesan lebih daripada 100 minit dihabiskan sehari. Pengguna diberikan kebebasan untuk menetapkan had masa peribadi. Sebuah papan pemuka yang menunjukkan statistik penggunaan termasuk bilakah aplikasi digunakan secara aktif akan dipamerkan.


Komen ()