Cari @ Amanz

Apple kini diperkatakan sedang membangunkan sebuah tablet baharu dibawah siri iPad Pro, dengan skrin bersaiz 14.1-inci. iPad Pro ini dijangka akan menggunakan panel MiniLED, serta menyokong ProMotion untuk paparan yang cantik – sama seperti model iPad Pro 12.9-inci terbaru.

iPad Pro

Disamping skrin bersaiz besar, Apple juga mungkin menggunakan cip Apple M2 pada tablet ini. Langkah ini akan membolehkan pelbagai tugasan berkuasa dilakukan pada tablet ini – apatah lagi dengan iPadOS 16 memperlihatkan keupayaan melakukan multi-tugasan dengan baik pada tablet, termasuk pengurusan melalui Stage Manager.

Apple dijangka memperkenallkan ia tablet baharu ini seawal 2023 kelak. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan tablet IPad Pro baharu ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd