Carian
Chrome Akan Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Menjamin Keselamatan Pengguna
June 10, 2022 Fahim Zahar

Pelayar web yang memfokuskan privasi dan sekuriti yang baik adalah Mozilla Firefox. Pelayar web lain juga ada seperti Microsoft Edge atau Google Chrome, namun apa yang mereka lakukan tidak cukup tegas seperti Mozilla.

Google Chrome kelak akan menggunakan pembelajaran mesin untuk memastikan pengguna selamat ketika melayari Internet. Jika pengguna masuk ke laman web berbahaya, laman amaran berwarna merah yang menggunakan pembelajaran mesin baharu akan muncul.

Google juga akan menggunakan peranti pengguna untuk meramal notifikasi apa yang perlu dihalang mengikut corak aktiviti pengguna. Data yang dikumpul juga tidak akan beralih daripada peranti pengguna. Laman web berbahasa asing kepada pengguna juga akan diterjemah secara automatik dengan bahasa yang diingini.

Chrome juga akan dikemaskini dengan Omnibox pintar, iaitu bar status bersebelahan dengan ruang masuk alamat URL. Ikon di sebelah akan berubah seperti tab baharu, ikon kongsi atau juga ikon carian suara.

Komen