Meta Membatalkan Penjualan Kaca Mata Realiti Terimbuh Pertama Untuk Memfokuskan Kepada Pembangunan Versi Kedua

Diterbitkan pada Jun 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook dijenamakan semula kepada Meta sebagai persediaan untuk perkhidmatan platform digital tersebut memasuki arena realiti maya dan juga metamesta sebagai satu platform sosial yang baru.

Bersama-sama dengan ini, Meta dilihat mahu memperkenalkan sejumlah set kaca mata realiti terimbuh bermula pada tahun 2023 kelak untuk memperkenalkan juga dunia metamesta mereka kepada orang ramai.

Akan tetapi syarikat tersebut telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan menjual kaca mata AR pertama mereka, yang hadir dengan kod nama Project Nazare pada tahun hadapan, dan akan memfokuskan kepada pembangunan projek kaca mata AR kedua mereka, yang diberikan kod nama Artemis.

Kaca mata yang sedang dibangunkan sekarang akan digunakan sebagai peranti demonstrasi untuk menunjukkan apakah yang mungkin dengan kaca-kaca mata AR tersebut. Sayangnya, ini bermakna bahawa kaca mata AR keluaran Meta yang pertama masih lagi memerlukan beberapa tahun dalam masa pembangunan dan tidak akan dapat dilihat dalam masa yang terdekat ini.

Diantara sebab mengapa perkara ini berlaku ialah kerana Meta dilihat mahu memotong pelaburan yang diberikan kepada Reality Labs dan juga bahagian AR/VR di Meta. Jumlah pendapatan yang menurun dijadikan alasan mengapa syarikat tersebut mengurangkan pelaburan keatas bahagian-bahagian ini, walaupun Meta dilihat mahu memasuki arena metamesta.

komen


© Amanz / 2022 Kami