WhatsApp seperti yang kita semua tahu, menawarkan kuota tanpa had apabila kita melakukan sandaran melalui Google Drive. Setiap sandaran yang dilakukan tidak akan menggunakan kuota Google Drive yang kita ada.
Tetapi pada aplikasi WhatsApp, saiz storan yang digunakan akan dipaparkan memberi petanda ia mungkin akan berhenti nanti.

Terkini, WhatsApp dilihat menguji kemampuan mengeksport fail sandaran yang dilakukan pada Google Drive terus melalui aplikasi Android. Fail sandaran ini merangkumi sejarah perbualan, imej, video dan banyak lagi.
Dengan kemampuan ini, ia membenarkan pengguna menyimpan fail sandaran ke tempat lain dan boleh menggunakannya semula untuk pemulihan manual. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada semua pengguna atau adalah ia hanya ujian semata-mata.