NASA Secara Rasmi Menubuhkan Pasukan Mengkaji Fenomena UFO

Diterbitkan pada Jun 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri konspirasi popular di dekad 90an ialah The X-Files. Watak utama siri kultus ini percaya fakta mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) dirahsiakan oleh kerajaan. Pelbagai cerita mengenai insiden Roswell masih hangat diperkatakan dengan ada saksi bersumpah melihat makhluk asing yang jasadnya disimpan oleh kerajaan.

Minat untuk mengkaji fenomena UFO meningkat semula di dunia selepas Tentera Laut Amerika Syarikat mengesahkan pita video insiden sebuah objek misteri yang diambil oleh sebuah pesawat pejuang adalah asli. Sehingga kini masih tiada penjelasan apakah objek yang terbang melanggar hukum fizik.

NASA kini secara rasmi menubuhkan pasukan yang mengkaji fenomena objek terbang tidak dikenali (UAP) – nama lain untuk UFO – dengan keputusan kajian akan dikongsi kepada orang ramai. Data insiden-insiden terdahulu akan dikumpul dan saranan bagaimana data baharu akan diproses akan dilakukan oleh pasukan ini. Pendapat pakar aeronautik dan ahli sains akan diambil kira untuk mencari jawapan sebenar mengenai UAP.

Selain itu pasukan ditubuhkan untuk melihat sama ada UAP mungkin adalah cabang sains baharu dan bukanlah sesuatu yang misterius ataupun paranormal. Adalah UAP fakta ataupun sekadar ilusi? Dari pengalaman peribadi kami sendiri pernah melihatnya di langit beberapa dekad yang lalu. Yang pasti ia bukannya kapal terbang biasa ataupun polong. Seperti kata Fox Mulder, kebenaran ada di luar sana.

komen


© Amanz / 2022 Kami