Cari @ Amanz

Promosi Pertengahan Tahun Lenovo Malaysia Memperlihatkan Tawaran Diskaun Sehingga 57 Peratus

Oleh Nazrin

Link Copied!

Lenovo ialah sebuah jenama komputer yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya dengan penawaran komputer riba yang berkualiti tinggi, tidak kira untuk tujuan produktiviti ataupun riadah.

Baru-baru ini, Lenovo telah memperkenalkan acara promosi pertengahan tahun untuk sejumlah daripada komputer-komputer riba mereka dengan penawaran diskaun harga sehingga 57 peratus sepanjang bulan Jun ini.

Seperti contoh, Lenovo ThinkPad T14 yang dikuasakan CPU Intel Core i7 generasi ke-10 dengan penawaran memori 32GB tampil dengan tanda harga RM4274.10 daripada tanda harga RM7379.00 yang merupakan penjimatan sebanyak RM3104.90 daripad tanda harga asal.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari sebuah komputer riba dengan fokus kepada kemampuan multimedia dan gaming, Lenovo IdeaPad Gaming 3 yang dikuasakan CPU AMD Radeon 5 5600H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan 512GB dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 ditawarkan pada harga RM3655.53 yang merupakan penjimatan RM543.07 berbanding dengan harga asal RM4199.00.

Jika anda mengidam untuk memiliki sebuah komputer riba Lenovo ThinkPad kelas premium, Lenovo Malaysia turut menawarkan Lenovo ThinkPad X13 gen 2 yang dikuasakan CPU AMD Ryzen Pro 5000 pada harga RM4634.10 yang memperlihatkan penjimatan sebanyak RM3864.90 berbanding dengan harga asalnya, RM8499.00.

Dalam pada itu, setiap pembelian atas-talian sepanjang waktu promosi ini juga akan dihantar kepada anda secara percuma.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara promosi ini, anda boleh ke kedai atas talian Lenovo Malaysia dengan mengetik pada pautan ini.


Komen ()