Cari @ Amanz

Nothing Phone (1) Akan Menyokong Pengecasan Pantas 45W USB-PD PPS

Link Copied!

Nothing adalah syarikat yang ditubuhkan oleh salah seorang pengasas OnePlus, Carl Pei. Mereka bermula dengan set fon telinga nirwayar sebenar dan kemudian membentangkan idea untuk ekosistem mesra pengguna, sistem operasi Nothing OS, pelancar asas untuk peranti Android serta mengacah rekaan lutsinar untuk telefon pintar pertama mereka Nothing Phone (1).

Nothing Phone (1) akan dilancarkan pada 12 Julai akan datang. Terkini beberapa maklumat mengenai peranti ini mula tersebar di arena web.

Skrin peranti dikatakan adalah 6.55-inci OLED FHD+, rekaan skrin berlubang dan turut dikatakan menerima pengiktirafan TUV Rheinland untuk perlindungan mata pengguna daripada cahaya biru. Nothing Phone (1) juga akan menyokong pengecasan pantas 45W berasaskan USB Power Delivery jenis PPS iaitu programmable power supply yang mana pengecasnya bijak dalam pengaliran elektrik untuk mengecas pelbagai peranti.

Cip peranti ini mungkin adalah Snapdragon 7 Gen 1, memori sekitar 8GB RAM dengan storan 128GB, kamera pula adalah 50MP dan menjalankan Nothing OS berasaskan Android 12. Peranti ini dikatakan akan menjadi penanda aras untuk peranti kelas pertengahan premium baharu.


Komen ()