DJI kini mengesahkan yang mana mereka bakal hadir dengan penawaran produk baharu tidak lama lagi. Melaluinya, sebuah acara pelancaran global bakal diadakan pada 15 Jun 2022. Tiada maklumat lanjut mengenai produk yang bakal diumumkan. Namun begitu, poster acah yang dimuat-naik memberi bayangan ia mungkin terdiri dengan produk yang mengkhususkan kepada golongan profesional untuk penggambaran filem.
Ini termasuklah kamera terkini mereka di bawah jenama Ronin, di samping penstabil gimbal DJI RS3 dan RS 3 Pro. Jika ianya benar, kamera berkenaan akan disertakan dengan sensor LiDAR yang mampu mengekalkan fokus dengan cukup sempurna. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat apakah kejutan yang disediakan oleh DJI buat para pengguna.