WhatsApp Kini Menyokong Sehingga 512 Ahli Dalam Kumpulan Pemesejan

Diterbitkan pada Jun 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sejak kebelakangan ini kerap menguji ciri dan fungsi baharu yang cukup menarik. Kebanyakan ciri yang mereka tawarkan jelas sekali cuba bersaing dengan Telegram. Walaupun lambat, WhatsApp masih cuba menarik perhatian orang ramai untuk kekal setia dengan perkhidmatan pemesejan mereka.

Terkini, WhatsApp mula mengedarkan kemaskini kepada aplikasi mereka di iOS, Android dan desktop untuk menyokong sehingga 512 peserta dalam satu kumpulan pemesejan. Ciri ini mungkin sesuai untuk pentadbir yang mengendalikan syarikat besar dengan ramai pekerja atau pasukan penjual yang ingin memantau ejen-ejen jualan mereka.

Nilai 512 ini walau bagaimanapun adalah jauh lebih rendah berbanding Telegram yang menyokong sehingga 200,000 ahli. Apa-apa pun jika anda ingin menambah ahli dalam kumpulan pemesejan anda, anda boleh cuba cipta kumpulan baharu atau semak kumpulan sedia ada untuk melihat jumlah ahli yang boleh ditambah.

komen


© Amanz / 2022 Kami