Arab Saudi kini dilihat mempelbagaikan industri yang diceburi mereka, dan bukan sekadar industri minyak sahaja. Selain daripada melabur pada sejumlah syarikat permainan video, kini Arab Saudi juga memperuntukkan sebanyak $1 bilions etahun dalam mengkaji bidang anti penuaan.
Arab Saudi membentuk sebuah organisasi khas untuk tujuan ini, dinamakan sebagai Hevolution Foundation. Dana tahunan ini akan mengkaji biologi disebalik penuaan, dan mencari kaedah untuk memanjangkan jangka hayat manusia untuk hidup sihat.
Buat masa ini, skop penuh kajian masih belum dikongsikan secara rasminya lagi. Namun, pelaburan ini akan menjadikan ia antara dana kajian yang tinggi, sekaligus mencari punca penuaan dikalangan manusia.
Secara saintifiknya, sekiranya kita dapat melambatkan proses penuaan, ia akan membolehkan manusia mengatasi pelbagai penyakit – dan pada masa yang sama memanjangkan usia hidup sihat.
Di Arab Saudi sendiri, walaupun usia purata rakyat adalah 31, tetapi mereka kini menghadapi peningkatan kadar obesiti dan diabetes dikalangan rakyat. Malah, terdapat beberapa petanda memperlihatkan orang di Timur Tengah menjadi tua lebih pantas secara biologi walaupun usia tidak begitu tinggi.
Selain Arab Saudi, beberapa pihak turut sedang mengkaji teknologi anti-penuaan, termasuk salah satunya oleh Jeff Bezos sendiri.