Cari @ Amanz

Perpustakaan Selangor Bakal Tawar Pinjaman Desktop & Laptop – Seawal Ogos 2022

Oleh Aman

Link Copied!

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kini dalam perancangan untuk memperkenalkan kemudahan peminjaman peranti seperti desktop dan juga komputer riba kepada orang ramai – sekaligus memudahkan rakyat Selangor tidak ketinggalan dalam era digital kini.

Untuk permulaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menyediakan kemudahan pinjaman desktop dan laptop ini di 50 buah perpustakaan awam Selangor.

Setiap perpustakaan ini juga akan mempunyai 10 desktop dan juga 10 laptop untuk dipinjamkan kepada masyarakat.

Buat masa ini, kaedah sepenuhnya belum dikongsikan lagi. Melalui perkongsian ringkas bersama Amanz, pihak PPAS menyasarkan program ini mungkin dimulakan seawal bulan Ogos 2022 ini, dengan membolehkan orang ramai meminjam sesuatu peranti untuk tempoh sekitar 3 bulan.

Melalui peranti yang diperlihatkan juga, PPAS memperlihatkan pemberian pinjaman sejumlah peranti berjenama Dell melalui program ini.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan program ini oleh PPAS dalam sebulan dua lagi ini.


Komen ()