Telegram Sahkan Bakal Lancar Pelan Berbayar Pada Bulan Ini
Aman
Pengasas Telegram kini berkongsi mengatakan perkhidmatan permesejan Telegram akan memperkenalkan pelan berbayar mereka secara rasminya pada bulan ini.
Melalui Telegram Premium kelak, para pengguna akan dapat menikmati sejumlah ciri-ciri tambahan – sementara untuk pengguna sedia ada, anda akan dapat terus menggunakan semua ciri-ciri tanpa perlu membayar.
Telegram Premium akan menawarkan sejumlah ciri tambahan – termasuk bebas iklan, kebolehan berkongsi fail sehingga 4GB, kadar muat-turun lebih laju, dan akses kepada Stickers yang lebih banyak.


Pihak Telegram tidak menyatakan harganya lagi, tetapi mengikut apa yang tertiris melalui versi pembangunan Telegram, pelan Telegram Premium berharga $4.99 sebulan.