Cari @ Amanz

AT&T, syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat kini berjaya mencatatkan kadar kelajuan simetri untuk muat-turun dan muat-naik, sehingga 20Gbps.

AT&T mencatatkan rekod baharu ini pada rangkaian pementasan dan bukan sekadar dalam makmal atau rangkaian ujian. AT&T berjaya mencatatkan kelajuan 20Gbps ini melalui gabungan 25GS-PON bersama XGS-PON.

Buat masa ini, AT&T masih tidak berkongsi bilakah penawaran komersil akan dimulakan untuk rangkaian fiber berkelajuan mencapai 20Gbps ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd