Pada telefon OnePlus, salah satu perkara ikonik yang disertakan adalah sokongan “Alert Slider”, iaitu suis fizikal notifikasi yang disertakan pada bahagian tepi – bagi memudahkan anda mendiamkan telefon ketika dalam beberapa situasi – sebagai contoh ketika mesyuarat.

Kini hadir desas-desus mengatakan OnePlus mungkin akan membuang suis ikonik berkenaan, dan hanya menyertakan pada model versi “Pro” sahaja.
Desas-desus sama mengatakan Oppo turut akan menyertakan ciri lebih kurang sama pada telefon pintar mereka.
Sejak OnePlus beroperasi dibawah Oppo sepenuhnya, sejumlah perubahan hadir, dan berkemungkinan ramai tidak akan terkejut sekiranya OnePlus membuang butang ini pada telefon pintar mereka.