Carian
Kementerian Sedang Siapkan Kertas Kerja Dalam Lajukan Internet Di Sekolah
June 12, 2022 Aman

Kementerian Pendidikan kini mengatakan mereka sedang menyiapkan kertas kerja dalam meningkatkan kemudahan dan akses internet di semua sekolah di Malaysia.

Kertas kerja ini akan dibentangkan dalaam mesyuarat kabinet menteri akan datang. Dengan langkah ini, internet dijangka akan dapat ditawarkan secara meluas, dan bukan terhad pada beberapa lokasi bilik darjah sahaja.

Memandangkan dunia ke arah digital, selain penerapan teknologi dalam pembelajaran, langkah ini adalah sangat penting dalam memastikan para pelajar tidak ketinggalan pada era kini.

Komen