Belum Tamat Web3, Jack Dorsey Mengumumkan Web5 Sebagai Era Baharu Dunia Data Terpencar

Diterbitkan pada Jun 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir-akhir ini, dengan populariti arena rantaian-blok, salah satu perkara yang turut diperkatakan adalah berkenaan dengan teknologi web terpencar dipanggil web3. Apa pun, belum sampai beberapa tahun lagi, kini Jack Dorsey, pengasas Twitter telah memulakan era Web5.

Jack Dorsey yang merupakan turut mengetuai Block, merupakan salah seorang yang sangat vokal dan menyokong Bitcoin.

Melalui web5, ia dikatakan merupakan gabungan kepada web2 sedia ada dan juga web3 – membawa kepada dunia web yang lebih terpencar. Web5 juga dijangka akan menjadikan identiti dan data peribadi lebih terpencar.

Langkah ini juga akan memberikan hak identiti kepada setiap seorang pengguna, sebaliknya para pembangun boleh memfokuskan kepada pembangunan aplikasi serta pengalaman pengguna.

Lapisan pembangunan Web5 juga dijangka dilakukan diatas asas Bitcoin.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan dunia web5 ini.

Sumber : CoinDesk

komen


© Amanz / 2022 Kami