Cari @ Amanz

Marshall mula menawarkan speaker kepada pengguna sejak 2015. Tindakan mereka agak mengejutkan kerana selama ini Marshall ialah jenama yang lebih sinonim dengan amplifier gitar elektrik. Minggu ini mereka melancarkan tiga lagi speaker baharu Marshall Acton III, Stanmore III, dan Woburn III dengan sokongan bluetooth 5.2.

Bluetooth 5.2 membolehkan tambatan yang lebih jauh, stabil dan kualiti audio pada kadar bit lebih tinggi. Seperti model-model terdahulu, ketiga-tiga speaker menggunakan rekaan seakan amplifier mereka. Speaker turut hadir degan sambungan berwayar menerusi port 3.5mm. Binaan speaker juga lebih mesra alam kerana 70% bahan binaan adalah daripada plastik kitar semula dan juga kulit vegan.

Perbezaan di antara ketiga-tiga model terletak pada saiz speaker dan tweeter yang digunakan. Harga jualan Marshall Woburn III ialah $579 (~RM2548) , Marshall Stanmore III ialah $379(~RM1668) dan Acton III ialah $279 (~RM1228).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd