Turbin Udara Kompak Ini Membekalkan Bekalan Elektrik Ketika Berkhemah

Diterbitkan pada Jun 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila berkhemah sumber tenaga adalah amat terhad dengan ramai membeli pek bateri untuk membekalkan tenaga kepada pelbagai peralatan elektrik yang dibawa. Ini hanya boleh bertahan selama beberapa hari sahaja dan bukan penyelesaian jangka panjang. Shine Turbine yang dikeluarkan oleh Aurea Technologies ialah sebuah turbin udara yang direka untuk mereka yang berkhemah untuk tempoh yang lama.

Turbin elektrik ini bersaiz kecil, mudah dilipat dan hanya seberat 1.4 kilogram. Ia boleh disimpan di poket sisi beg yang biasanya digunakan untuk membawa botol air. Menurut Aurea, bekalan kuasa yang mencukupi untuk tiga telefon pintar boleh dijana dalam masa sejam.

Terdapat pek bateri sebesar 12,000 mAh pada badan Shine Turbine dengan motor elektriknya mampu mengeluarkan ouput kuasa sehingga 40W. Untuk menjana kuasa, ia perlu digunakan dalam situasi udara bertiup antara 13 – 45 km/j. Shine Turbine dijual pada harga RM 1437 sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami