Tesla Kini Menggunakan Sensor Kamera Buatan Samsung
Effi Saharudin
Pengeluar sensor kamera terbesar dunia ialah Sony yang kemudiannya diikuti pula oleh Samsung. Dalam dunia dimana penggunaan kamera semakin bertambah pada telefon pintar, trend ini benar-benar menguntungkan pemgeluar sensor. Selain telefon pintar, kereta elektrik juga memerlukan jumlah kamera yang banyak untuk pelbagai ciri pintar.

Menurut laporan Korea Economic Daily, Samsung Electro-Mechanics Co memenangi kontrak bernilai di antara 4-5 trilion Won (~RM 14-17 bilion) dari Tesla untuk membekalkan sensor kamera yang digunakan pada kereta. Sensor kamera yang dibekalkan adalah sebesar 5MP. Tidak menakjubkan untuk telefon pintar tetapi peningkatan mendadak berbanding sensor 1.2MP yang digunakan oleh Tesla untuk kamera AutoPilot mereka sebelum ini.
[sumber] Sumber – Korea Economic Daily [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.