Cari @ Amanz

Video Samsung Galaxy Z Flip4 Sebenar Telahpun Tertiris

Link Copied!

Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Samsung pada Galaxy Z Flip4 tahun ini? Jawapannya mungkin sama seperti yang mereka lakukan pada Z Flip3 dan Z Fold3 tahun lalu. Imej sebenar peranti telah ditiriskan oleh TechTalkTV menerusi akaun twitter mereka.

Tidak banyak perubahan besar dilakukan pada rekaan dengan sistem dwi-kamera dan skrin sekunder kecil dikekalkan pada panel belakang. Perubahan paling besar adalah kesan lipatan pada skrin yang tidak begitu ketara. Lubang kamera untuk kamera swafoto juga masih lagi sama seperti model terdahulu.

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan kapasiti bateri akan dipertingkatkan kerana kelemahan utama Z Flip3 ialah hayat baterinya yang agak mengecewakan. Seperti tahun lalu, Z Flip4 dan Z Fold4 diramalkan akan dilancarkan pada bulan Ogos.


Komen ()