Cari @ Amanz

Netflix sedia terkenal dengan penawaran siri-TV dan filem melalui platform mereka. Dalam usaha untuk terus menjadi destinasi dalam arena hiburan, Netflix juga turut telah memperluaskan penawaran kepada arena permainan video melalui Netflix Games.

Berkongsi mengenainya, kini Netflix mengatakan mereka menyasarkan terdapat sekitar 50 permainan dibawah katalog Netflix Games pada 2022 ini.

Permainan ini turut meliputi siri seperti La Casa de Papel, The Queen’s Gambit Chess, dan Dragon Age : Absolution.

Pada hari ini sendiri, Netflix telah mula menawarkan beberapa permainan untuk Android dan iPhone, dimana judul paling terbaru adalah The Exploding Kittens.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd