China kini merancang untuk melancarkan sebuah stesen jana kuasa di angkasa, berasaskan kepada solar. Pada awalnya, China menyasarkan untuk melancarkan ia pada 2030, tetapi kini dipercepatkan kepada tahun 2028.
Pada tahun 2028 kelak, China akan melancarkan sebuah satelit, dan menguji pancaran pemindahan tenaga secara nirwayar dari angkasa ke Bumi pada altitud 400km.
Para saintis mengatakan satelit berkenaan akan mengubah tenaga solar kepada bentuk gelombang mikro dan menghantar tenaga atau kuasa yang dijana kepada beberapa lokasi – termasuk lokasi di Bumi, serta pada satelit yang bergerak.
Sekiranya semua berjalan lancar, menjelang 2035 kelak, ia dijangka menjana tenaga sebanyak 10-megawatt dan menghantar ia untuk digunakan oleh pihak ketenteraan dan juga orang awam. Stesen berkenaan juga dijangka akan dapat menjana sehingga 2 gigawat menjelang 2050 kelak.
- Sumber : SCMP