Hyundai Memulakan Perkhidmatan Roboteksi Tanpa Pemandu Di Gangnam

Diterbitkan pada Jun 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hyundai memulakan perkhidmatan teksi swapandu RoboRide tanpa pemandu manusia mereka di Gangnam, Korea Selatan pada hujung minggu lalu. Setiap kenderaan Hyundai Ionic 5 ini mempunyai kemampuan swapandu tahap 4 untuk membawa penumpang ke destinasi pilihan dengan selamat.

Pada peringkat awal RoboRide hanya boleh digunakan oleh kakitangan Hyundai sahaja terlebih dahulu dengan ia diseru menerusi aplikasi i.M. Sistem swapandu yang digunakan adalah yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai dengan RoboRide dijadikan platform ujian sebelum sistem yang sama ditawarkan secara komersial kepada kenderaan keluaran mereka.

RoboRide hanya ditawarkan daerah Gangnam sahaja pada waktu ini kerana ia satu-satunya daerah di Seoul yang mempunyai sistem menbenarkan lampu isyarat berhubung dengan kenderaan swapandu. Sistem yang sama telah diuji di Gangam oleh Hyundai sejak 2019 lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami