Carian
Realme GT Neo3 Naruto Edition Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia
June 13, 2022 Amy Maizuraa

Realme GT Neo3 Naruto Edition telah diumumkam di China, tempoh hari. Seperti namanya, ia menampilkan kemasan yang bertemakan anime popular Naruto. Bersama-sama dengannya, akseseori lain seperti kepala pengecas, kabel, pencungkil sim dan manual turut mempunyai tema yang sama.

Walaubagaimanapun, Realme Malaysia hari ini memaklumkan yang mana peranti berkenaan tidak akan memasuki pasaran Malaysia. Menurut wakil Realme, peranti bekenaan tiada dalam perancangan untuk ditawarkan di Malaysia buat masa ini. Sebaliknya mereka hanya memfokuskan kepada penawaran Realme GT Neo 3 standard yang bakal dilancarkan pada 15 Jun 2022.

Menyentuh sedikit mengenai peranti, ia hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8100 dan sistem pengecasan pantas 80W. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak termasuklah berkaitan harga jualan rasminya.

Komen