Realme Buds Q2s Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 15 Jun

Diterbitkan pada Jun 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 15 Jun 2022. Melaluinya, Realme GT Neo3 bakal diumumkan dengan beberapa ciri dan fungsi menarik seperti penggunaan cip MediaTek Dimensity 8100 dan sistem pengecasan pantas 80W

Acara tersebut bagaimanapun turut akan memperlihatkan pengenalan untuk beberapa aksesori audio terkini Realme. Salah satu daripadanya adalah Realme Buds Q2s yang merupakan set fon telinga bluetooth ini mempunyai putik telinga dan pod simpanan yang lutcahaya.

Bersama-sama dengannya, ia turut dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm, ketahanan bateri mencapai 30 jam dengan pad pengecas dan sokongan ENC berasaskan AI untuk panggilan lebih baik. Terdapat tiga pilihan warna yang akan disediakan seperti hijau, putih dan hitam.

Seperti biasa, nantikan pelancaran rasminya kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai fon telinga ini – termasuklah untuk harga jualan rasmi.

komen


© Amanz / 2022 Kami