Samsung Galaxy M53 5G Boleh Didapati Di Malaysia Pada RM1999

Diterbitkan pada Jun 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan peranti Samsung di bawah siri Galaxy M sering memfokuskan terhadap penawaran bateri bersaiz besar. Ia sangat berguna buat pengguna memerlukan tenaga bateri peranti yang tinggi setiap hari.

Sebagai pilihan baharu, Samsung Galaxy M53 5G kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada RM1999. Bagi yang berminat, ia telah boleh dipra-tempah menerusi kedai atas talian Seng Heng di Shopee dan dijangka mula dihantar kepada pembeli bermula 16 Jun 2022.

Samsung Galaxy M53 5G dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 900, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 25W. Ia juga menggunakan sistem tri-kamera dengan tetapan 108MP f/1.8, 8MP ultra sudut lebar, 2MP makro dan 2MP pengesan kedalaman. Kamera swafoto pula sebesar 32MP dan sistem operasi One UI 4.1 turut digunakan berasaskan Android 12.

komen


© Amanz / 2022 Kami