China Terbitkan Peta Yang Paling Terperinci Untuk Permukaan Bulan

Diterbitkan pada Jun 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saintis di China kini telah menerbitkan sebuah peta permukaan bulan yang paling terperinci sehingga ke hari ini. Projek ini dijayakan dengan menghimpunkan ratusan kajian selama 10 tahun, dan membentuk peta permukaan bulan.

Melalui adanya peta ini, ia sekaligus memperlihatkan bagaimanakah komposisi dan struktur permukaan bulan, serta membolehkan para pengkaji lebih memahami bulan.

Amerika Syarikat sebelum ini pernah berkongsi beberapa peta bahagian permukaan berbeza melalui misi-misi Apollo yang dihantar. Namun, ia tidak begitu lengkap dan kurang jitu kerana dihimpunkan mengikut waktu berbeza tanpa sebuah piawaian yang ditetapkan.

China sedia menghantar sejumlah misi ke bulan sejak 2004 yang lepas, dan mengumpulkan pelbagai data untuk membolehkan mereka hadir dengan peta paling terperinci setakat ini. Saintis membahagikan bulan kepada sekitar 30 bahagian berbeza, dan memetakan menggunakan piawaian yang sama – seterusnya mengabungkan semua bahagian tersebut untuk menjadikannya sebuah peta yang lengkap.

Bagi yang berminat, peta saiz penuh untuk bulan ini boleh dimuat-turun hari ini oleh semua, termasuk melihat data berkaitan dengannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami