Samsung Malaysia kini hadir dengan penawaran khas dinamakan sebagai Samsung Galaxy Ecosystem. Melaluinya, Samsung menawarkan semua peranti bagi membolehkan anda beralih sepenuhnya ke ekosistem Samsung.

Dibawah pek Galaxy Ecosystem ini, ia menyertakan Galaxy Tab S8 Ultra, Galaxy S22 Ultra, Galaxy Watch4 Classic, Galaxy Buds Live, Power Adapter Duo dan juga Camera Filter Mount.
Dengan langkah ini, anda akan menerima sebuah tablet, telefon pintar, jam tangan pintar dan juga fon telinga nirwayar – selain beberapa aksesori lain.

Samsung menawarkan pek ekosistem Galaxy ini pada harga RM10,888. Pengguna boleh berjimat sekitar RM2.7k sekiranya membeli pek ini sepenuhnya berbanding membeli ia berasingan.