Syarikat Usahasama Pengasas Geely Beli Majoriti Pegangan Pada Meizu

Diterbitkan pada Jun 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal tahun ini, kita telah mendengar laporan awal berkaitan syarikat usahasama milik pengasas Geely dalam perbincangan untuk mengambil-alih syarikat telefon Meizu.

Kini, Reuters melaporkan yang mana syarikat usahsama berkenaan kini mengambil-alih pegangan sebanyak 79% pada pengeluar telefon pintar Meizu.

Bercakap mengenainya, pihak Geely mengatakan terdapat sambungan yang sangat rapat antara teknologi pada kenderaan dan telefon pintar.

Geely

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai kereta kini bergerak ke arah elektrik, disamping mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri pintar. Semestinya Geely yang mempunyai sejumlah jenama kenderaan dibawah mereka – termasuk Proton, tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut dan mendapatkan kepakaran teknologi melalui pengambil-alihan ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah langkah lanjut Geely dalam arena ini, dan bagaimana Meizu akan kembali gah dalam arena telefon pintar.

komen


© Amanz / 2022 Kami