Selepas beberapa tahun menunjukkan prototaip dron menghantar bungkusan mereka, Amazon kini melancarkan perkhidmatan Prime Air mereka pada skala kecil di Calfornia. Di peringkat awal pelanggan Amazon yang tinggal di bandar Lockeford boleh menerima bungkusan yang dipesan menggunakan Prime Air.

Dron yang digunakan boleh swaterbang tanpa campur tangan manusia serta mengelak pelbagai halangan semasa menghantar bungkusan yang dipesan. Setibanya ke destinasi, bungkusan akan ditinggalkan sebelum dron kembali untuk melakukan penghantaran seterusnya.