Cari @ Amanz

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company atau lebih dikenali sebagai TSMC boleh dikatakan syarikat pembuatan cip semikonduktor paling penting di dunia hari ini kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan cip-cip pemprosesan yang menguasakan syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia seperti Apple, Qualcomm, NVIDIA, Intel dan sebagainya.

AMD juga adalah salah satu pelanggan terbesar syarikat tersebut, dan dengan pengenalan pengeluaran cip pemprosesan menggunakan proses binaan 5nm, AMD dijangka menjadi pelanggan ketiga terbesar TSMC pada tahun 2023 kelak.

Ini adalah kerana menurut laporan China Times, AMD akan menjadi pelanggan terbesar untuk nod 5nm tersebut, khususnya dengan pelancaran cip pemprosesan Zen 4 dan juga cip grafik RDNA 3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pada suku keempat tahun ini, pengeluaran wafer untuk AMD sahaja dijangka akan setinggi 20 ribu dan berkemungkinan lebih banyak lagi akan dikeluarkan pada tahun hadapan, dimana AMD dan Intel akan bertembung untuk melihat siapakah yang mempunyaii cip pemprosesan yang lebih berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd