Cari @ Amanz

Realme nampaknya sudah semakin hampir untuk melancarkan telefon pintar mereka yang mungkin menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Peranti ini dikatakan adalah Realme GT 2 Master Explorer Edition, versi GT 2 Pro yang lebih premium. Butiran peranti ini kini didedahkan melalui laman TENAA.

Peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan skrin 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula tinggi 120Hz dan lubang di tengah untuk kamera swafoto. Peranti ini dijangka akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 dengan memori mencapai 12GBR AM dan storan dalaman yang mungkin akan ditawarkan sehingga 512GB.

Realme GT Master Explorer Edition 2021

Konfigurasi kamera dijangka adalah tri-kamera dari sensor 50+50+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16 Megapixel. Ia juga akan menggunakan bateri 4800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 150W, sementara model dengan 5000mAh akan ditawarkan dengan sokongan pengecasan terhad kepada 100W.

Realme GT 2 Master Explorer Edition ini juga akan menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Memandangkan peranti ini adalah variasi lebih premium berbanding Realme GT 2 Pro, ia mungkin akan dijual pada harga lebih mahal – mungkin mencapai RM3000.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd