Cari @ Amanz

Aplikasi K-9 Mail Akan Dijenamakan Menjadi Thunderbird Untuk Android

Oleh Aman

Link Copied!

Thunderbird merupakan salah satu perisian berbentuk klien emel yang popular pada desktop. Dengan populariti arena peranti mudah-alih, ramai yang sehingga kini sedia menantikan pengenalan Thunderbird untuk peranti mudah-alih – terutamanya pada platform Android.

Hari ini, pihak Thunderbird mengumumkan K-9 Mail kini menyertai keluarga Thunderbird, dan kelak akan menjadi Thunderbird untuk Android.

Sebelum perubahan jenama dilakukan, K-9 Mail akan melalui sejumlah perubahan, termasuk dari segi penjenamaan, ciri-ciri dan sebagainya supaya selari dengan penawaran Thunderbird sedia ada.

Kelak, pada masa akan datang, aplikasi ini turut akan menyokong sokong sync antara desktop dan juga aplikasi mudah-alih.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba aplikasi K-9 Mail ini hari ini, sementara menunggu ia melalui penjenamaan dan sebagainya.


Komen ()