Adidas Menyaman Nike Kerana Didakwa Meniru Teknologi Kasut Dan Aplikasi
June 14, 2022
Lain-lain
Effi Saharudin
Adidas telah menyaman jenama sukan gergasi dunia Nike minggu ini kerana didakwa meniru teknologi mirip mereka yang digunakan pada kasut dan juga aplikasi mereka. Saman difailkan di Texas oleh Adidas. Antara yang didakwa ialah aplikasi telefon pintar Nike’s Run Club, Training Club, dan SNKRS melanggar harta intelek Adidas.

Sistem Adapt yang digunakan Nike pada kasut pintar juga didakwa ditiru dari Adidas yang membangunkan kasut pintar mereka sendiri sejak 2004. Adidas memintas bayaran ganti rugi atas penggunaan harta intelek mereka selama ini oleh Nike.
[sumber] Sumber – Reuters [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.