Cari @ Amanz

Suhu yang panas sejak sebulan yang lalu menyebabkan ramai tidak dapat tidur lena dan mula sakit kerana strok hab. Ini hanyalah sekadar prebiu dunia yang akan menjadi semakin panas kerana perubahan iklim bumi. Penyelesaian yang disarankan ialah menanam lebih banyak pokok dan mengurangkan pembakaran bahan api fosil. Di Massachusetts Institute of Technology (MIT), jawapan kepada masalah masa depan peradaban manusia ialah meletakkan “gelembung angkasa lepas”.

Penyelidik MIT ingin membina pelindung dari sinaran matahari yang diletakkan di angkasa lepas antara bumi dan matahari. Pelindung berbentuk bulat ini dibina menggunakan jutaan gelembung yang diperbuat daripada bahan filem nipis. Gelumbung angkasa lepas ini dapat menghalang 1.8% radiasi matahari sekaligus menyelesaikan isu pemanasan global yang sedang berlaku.

Satu isu di sini ialah pelindung ini adalah sebesar negara Brazil dan perlu diletakkan di titik L1-Lagrangian dimana tarikan graviti bumi dan matahari adalah seimbang membolehkan pelindung matahari ini kekal di kedudukannya sepanjang masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd