Motorola Moto G82 telah diumumkan dengan spesifikasi kelas pertengahan dan menyokong rangkaian 5G terbina. Bagi yang berminat, ia kini boleh dipra-tempah di Malaysia pada harga RM1,199 dengan satu pilihan warna iaitu Meteorite Gray. Ia boleh didapati menerusi Lazada dan Shopee, kemudian peranti dijangka dihantar kepada pembeli bermula 15 Jun 2022.

Motorola Moto G82 5G menampilkan rekaan serba ringkas yang serupa dengan beberapa peranti Motorola sedia ada. Skrin yang digunakan bersaiz 6.6-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut melengkapinya adalah ruang tambahan menerusi kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.

Sistem tri-kamera utama terdiri dengan tetapan 50MP dengan OIS, 8MP untuk sensor ultra-lebar dan 2MP untuk makro. Kamera hadapan sebesar 16MP turut melengkapi peranti pintar ini. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W, pengimbas cap jari sisi, menjalankan Android 12 dan sebagainya.