Cari @ Amanz

Apple Kini Memudahkan Anda Pindahkan WhatsApp Dari Android Ke iPhone

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp pada tahun lepas telah pun memudahkan para pengguna iPhone memindahkan data mereka dari iPhone ke telefon Android. Lanjutan daripadanya, hari ini, WhatsApp dan Apple bekerjasama, dan memperkenalkan ciri untuk memindahkan data dari telefon Android ke iPhone.

Menariknya, ciri ini dijayakan melalui fungsi aplikasi Move to iOS yang disediakan oleh Apple untuk pengguna Android yang berpindah ke iPhone.

Melaluinya, pengguna boleh memilih untuk memindahkan sejumlah data terus dari Android ke iPhone – dan kini ia turut menambah pilihan memindahkan data WhatsApp.

Dengan langkah ini, anda boleh membawa semua sejarah perbualan anda terus ke iPhone dengan mudah, dan tidak perlu risau kehilangan sebarang data WhatsApp apabila melakukan pemindahan peranti.

Bagi anda yang ingin berpindah dari Android ke iPhone, boleh menggunakan aplikasi Move to iOS yang disediakan oleh Apple di Google Play Store hari ini.


Komen ()