Carian
GM Ingin Memperkenalkan Perkhidmatan Sewa Kereta Di Bulan
June 14, 2022 Aman

General Motors (GM) kini dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan sewa kenderaan di Bulan.

Dengan langkah ini, sebarang misi yang dilakukan di Bulan oleh kerajaan atau pihak swasta, boleh memilih untuk melakukan khidmat sewa kenderaan dari GM di sana, dan menggunakannya ketika berada di permukaan Bulan.

GM bekerjasama dengan Lockheed Martin untuk membangunkan kenderaan khusus untuk digunakan di Bulan. GM menyasarkan untuk menyediakan kenderaan tersebut sebelum misi manusia kembali ke bulan yang dijadualkan sekitar 2025 kelak.

Kenderaan sewa yang ditawarkan di bulan ini dijangka akan turut dilengkapkan dengan sokongan swapandu, dan seterusnya dicas menggunakan tenaga solar. Setiap kenderaan dijangka mempunyai jangka hayat untuk tempoh 10 tahun lamanya.

Komen