Carian
Adobe Uji Penawaran Photoshop Percuma Melalui Web
June 14, 2022 Aman

Adobe sedia menerima cabaran daripada Canva dalam arena penghasilan grafik. Selari dengannya, pada tahun lepas, Adobe telah hadir dengan Photoshop versi web, tetapi masih memerlukan langganan untuk mengaksesnya.

Namun, kini ia berubah, apabila Adobe mengumumkan mereka turut telah mulakan ujian Photoshop versi web secara percuma.

Buat masa ini, ujian terhad dilakukan di Kanada. Pengguna hanya perlu daftar akaun Adobe secara percuma, dan seterusnya boleh mengakses Photoshop melalui web.

Seperti biasa, beberapa ciri-ciri akan terhad untuk diakses pengguna percuma – tetapi ia mungkin memadai dalam menarik para pengguna kembali ke jenama Photoshop, dan bersaing secara sihat bersama Canva.

Komen