Siapa sangka pengenalan OPPO Find X5 Pro 5G tempoh hari telah membawa tuah yang luar biasa. Ia bukan dimuatkan dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik berkaitan penggambaran kreatif yang memantapkan kemahiran. Malahan, turut mampu membuatkan peranti itu sendiri menarik dalam usaha menzahirkan tujuan utama yang ingin disampaikan.
Kehebatan Tiada Tandingan
Misalnya seperti penggunaan cip ISP mereka sendiri iaitu Unit Pemprosesan Neural (NPU) MariSilicon X. Ini merupakan cip khusus bagi memenuhi keperluan aplikasi fotografi tanpa bergantung kepada ISP yang dipasang pada cip pemprosesan utama. Ia dihasilkan dengan seni bina 6nm dari TSMC bersama ciri algoritma pengurangan hingar berasaskan AI yang mempunyai kelebihan tersendiri. Sekaligus turut mampu menghasilkan tangkapan gambar dan video yang cukup berkualiti tinggi terutamanya pada pencahayaan malap. Ini bermakna setiap gambar dan video yang dirakam pada waktu malam akan menampakkan hasil yang baik, jelas serta tajam.

Melaluinya juga, ciri 4K Ultra Night Video dan pratonton langsung kini ditawarkan pada sebuah peranti pintar Android buat pertama kalinya. Dalam masa sama, video Ultra HDR turut boleh dirakam pada tetapan 20bit RAW yang mana lebih tinggi berbanding 18 bit yang disokong pada Snapdragon 8 Gen 1. Kemudian, ia turut mampu menawarkan tahap kontras yang luar biasa sebanyak 1,000,000:1 di antara bahagian paling terang dan gelap. Kehebatan cip MariSilicon X tidak berhenti di situ, ia juga dikatakan mempunyai julat dinamik cukup luas bersama pembiakan warna yang lebih baik. Menurut OPPO, keupayaan HDR pada Find X5 Pro 5G adalah 4X lebih baik berbanding Find X3 Pro yang dilancarkan pada tahun lalu.
Ciri 4K Ultra Night Video ini boleh diaktifkan menerusi butang khusus yang dipanggil sebagai AI Highlight Video pada antara muka aplikasi kamera. Ia juga sangat mudah digunakan kerana sokongan algoritma pengurangan hingar berasaskan AI mampu berfungsi secara automatik mengikut keperluan tanpa perlu mengaktifkannya secara manual dengan kerap. Dengan ini, setiap rakaman yang terhasil sudah semestinya mampu memberikan pengalaman pengimejan yang cukup berkuasa untuk telefon pintar.





Prestasi Hebat Serba Lengkap
Sebagai sebuah peranti kelas mercu, OPPO Find X5 Pro 5G turut dipacu dengan prestasi hebat dan serba lengkap bagi memenuhi keperluan pengguna yang lebih baik. Dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen1 terbaru yang dipadankan dengan modem 10 Gigabit X60 5G, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dengan bateri 5,000mAh juga dapat melancarkan penggunaan dengan hayat bateri yang panjang. Lebih menarik lagi, sistem pengecasan pantas 80W yang disertakan pada peranti adalah sangat memudahkan ramai pengguna untuk proses pengecasan semula yang singkat. Dengan ini, anda tidak lagi perlu untuk menunggu tempoh yang lama untuk bateri di cas – di mana pengecasan sebanyak 50% boleh dilakukan dalam masa 12 minit sahaja.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan OPPO Find X5 Pro 5G pada RM4999 dengan 12GB + 256GB. Terdapat dua kemasan warna yang boleh dipilih seperti Glaze Black dan Ceramic White. Tunggu apa lagi? Dapatkan segera sekarang dan jangan lupa layari laman web rasmi OPPO Malaysia untuk ketahui lebih banyak penawaran dan promosi yang menarik.
Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia