Siri komputer riba The Ultimate Force ataupun siri TUF oleh ASUS secara lazimnya dikenali sebagai komputer riba gaming mampu milik bagi mereka yang lebih mementingkan prestasi peranti berbanding dengan ciri-ciri tambahan yang diperlihatkan pada model-model yang lebih gah.

ASUS Malaysia telah mengesahkan bahawa siri komputer riba gaming ASUS TUF terbaru mereka dengan komponen CPU Intel generasi ke-12 Alder Lake terbaru, dari pilihan Intel Core i5-12450H sehinggalah Intel Core i7-12650H dengan memori DDR5 sebanyak 8GB ke 16GB dan storan SSD NVMe PCIe 3.0 sebesar 512GB.

Dari segi penguasaan grafik pula, ASUS TUF Dash F15 ini tampil dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050, GeForce RTX 3050 Ti dan GeForce RTX 3060.
ASUS TUF Dash F15 ini tampil dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz yang menjanjikan lengah masa output ke paparan yang sangat rendah, sesuai untuk mereka yang bermain permainan FPS seperti Counter-Strike, Overwatch, Valorant ataupun MOBA seperti DoTA dan League of Legends yang mementingkan nilai kadar segar semula yang tinggi.

Tambahan kepada itu semua konfigurasi komputer ini juga hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi6 dan juga mempunyai palam Thunderbolt 4 terbina yang menjanjikan sambungan internet nirwayar pantas dan juga kadar penghantaran data tinggi bukan sahaja untuk penghantaran data dari storan tetapi juga sambungan yang pantas kepada paparan skrin sekunder.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa siri komputer riba gaming ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan dengan konfigurasi dan tanda harga berikut:
