Amazfit Bip 3 Dan Bip 3 Pro Kini Di Malaysia – Berharga Bermula RM199

Diterbitkan pada Jun 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Amazfit Bip 3 telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan dua variasi berbeza. Ia dijual pada RM199 untuk Amazfit Bip 3 dan RM249 pula untuk Amazfit Bip 3 Pro. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian Amazfit di Shopee bermula hari ini.

Pada dasarnya, Amazfit Bip 3 dan Amazfit Bip 3 berkongsi reka bentuk dan perkakasan dalaman yang sama. Perbezaan ketara hanya terletak pada kebolehan GPS yang terbina pada versi Pro dan ketersediaan pilihan warna sahaja. Amazfit Bip 3 boleh didapati dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, merah jambu dan biru. Sementara itu, model Pro pula didatangkan dengan pilihan hitam, merah jambu dan krim.

Dengan siri Amazfit Bip 3, pengguna boleh melihat lebih banyak pemberitahuan dan data dengan lebih jelas menerusi saiz skrinnya yang besar. Ia dikatakan 15% lebih besar berbanding Amazfit Bip U dan Bip U Pro. Dalam pada itu, ia turut disertakan dengan pelbagai fungsi yang memfokuskan terhadap kesihatan serta kecergasan pengguna.

Bateri 280mAh yang digunakan pula mampu bertahan mencapai dua minggu dengan penggunaan biasa. Dalam masa sama, ia turut mempunyai penarafan kalis air 5 ATM dan kebolehan pemberitahuan pintar untuk kawalan media, panggilan masuk, kawalan kamera dan lain-lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami