Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Multimedia, TS Annuar Musa kini mengarahkan SKMM untuk melakukan pemetaan dan audit prestasi untuk setiap syarikat telekomunikasi – termasuk kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Dengan langkah ini, tahap sebenar sesuatu perkhidmatan dan kelajuan internet akan diketahui.

SKMM juga diminta untuk membandingkan ia dengan laporan yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi.

Pada hari ini, ramai pengguna yang mengadu berkaitan kualiti perkhidmatan dan kelajuan yang disediakan – namun jikalau mengikut data pemetaan, tiada masalah kasar dilihat.


Mungkin dengan langkah ini, kita akan dapat melihat secara tepat bagaimanakah prestasi rangkaian telekomunikasi di Malaysia sebenarnya/

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd