Cari @ Amanz

Realme GT Neo 3 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2099

Link Copied!

Realme GT Neo 3 akhirnya telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Ia hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi cip MediaTek Dimensity 8100 sekaligus menjadi antara peranti terawal di Malaysia yang menggunakannya.

Bagi yang berminat, peranti ini dijual pada RM2099 dan boleh didapati dalam pilihan warna seperti Nitro Blue dan White. Ia bagaimanapun boleh dibeli pada harga promosi serendah RM1,799 untuk tempoh masa terhad.

Realme GT Neo 3 lengkap dengan skrin sebesar 6.7-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8100, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kamera utama terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Persediaan kamera ini menyokong ciri tambahan seperti OIS + EIS untuk kebolehan penggambaran lebih baik.

Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan rangkaian 5G terbina, port pengecasan USB-C, bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 80W, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, NFC dan sebagainya.


Komen ()