Carian
Webex Kini Menyokong Apple CarPlay – Boleh Hadiri Mesyuarat Telesidang Dalam Kereta
June 15, 2022 Aman

Webex kini mengumumkan kemaskini baharu yang menambah sokongan Apple CarPlay. Ia merupakan sebahagian daripada sokongan ciri baharu “Move to Mobile” yang memudahkan anda memindahkan panggilan dari desktop ke telefon, dan dari telefon ke kenderaan.

Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna yang dalam kenderaan atau ingin tuju ke sesuatu destinasi menjawab dan mengikuti mesyuarat, tanpa perlu risau panggilan akan terputus – atau pengalaman yang tidak baik.

Ciri baharu ini ditawarkan melalui kemaskini Webex terbaru. Webex turut mengatakan mereka akan memperluaskan ciri Carplay untuk meliputi sokongan video rakaman pada Ogos 2022 kelak.

Komen