Carian
iPad Generasi 10 Dijangka Hadir Dengan Cip A14 Bionic, Skrin Retina Dan USB-C
June 15, 2022 Fahim Zahar

Kesemua siri iPad daripada Apple sudah pun menggunakan sambungan USB-C, kecuali model yang asas iaitu iPad Generasi 9. Tetapi selepas ini iPad Generasi ke-10 akan menyertai iPad Mini, iPad Air dan iPad Pro untuk sokongan sambungan USB-C ini.

Bukan itu sahaja, iPad generasi kesepuluh ini turut dilaporkan akan dijana dengan cip Apple A14 Bionic dan turut akan menyokong rangkaian 5G. Dengan sokongan yang bakal ditawarkan ini, iPad model asas sudah boleh melakukan banyak tugasan dengan lebih mudah.

iPad

iPad asas kelak boleh sambung ke monitor, pindah data pada kelajuan tinggi, dan banyak lagi. Tidak lupa juga yang iPad model ini sudah menyokong Apple Pencil generasi pertama. Sumber turut menyatakan yang iPad ini akan menggunakan skrin Retina berbanding LCD biasa.

Untuk rekaan masih tidak pasti sama ada adakah Apple akan kekal menggunakan rekaan sama atau akan membawakan rekaan rata seperti iPad Mini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai produk ini nanti.

Komen