Cari @ Amanz

Kerajaan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan cukai import terhadap barangan bernilai rendah dibawah RM500 yang dibeli secara atas-talian, bermula 1 Januari 2023 kelak.

Untuk makluman, perkara ini sedia diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2022 lepas.

Pengenalan ini adalah dalam memastikan layanan saksaaman antara barangan bercukai yang dikilangkan di Malaysia, dan juga barangan yang diimport yang dijual secara atas-talian, dan dihantaar melalui kurier udara.

Dibawah perubahan ini, peniaga sama ada dari Malaysia atau luar negara yang menjual barangaan berharga dibawah RM500 kepada pengguna di Malaysia perlu berdaftar dan mengenakan cukai jualan sebanyak 10%.

Dengan langkah ini juga, para peniaga tempatan akan lebih dilindungi dan menawarkan pasaran yang lebih saksama untuk semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd