Cari @ Amanz

Realme Buds Air 3 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac yang lalu. Ketika itu, ia ditawarkan dalam dua pilihan warna seperti Starry Blue dan Galaxy White. Namun kini, ia hadir dengan satu lagi kemasan warna baharu iaitu Nitro Blue. Ia menggabungkan kemasan biru sejenis berkilat bersama jalur putih yang menyerupai litar perlumbaan.

Bagi yang berminat, ia boleh dimiliki pada harga RM279. Ia bagaimanapun turut boleh dibeli pada harga promosi RM239 untuk tempoh masa terhad. Sebagai tambahan, diskaun sebanyak RM350 turut diberikan untuk mana-mana pembelian yang dibuat secara bundle dengan Realme GT Neo 3.

Tiada perubahan yang dilakukan untuk spesifikasi dalamannya. Ia lengkap dengan sepasang pemandu audio 10mm bersama dua mikrofon terbina. Sistem pembatalan aktif yang disertakan mampu mengurangkan hingar sehingga 42dB. Bagi memudahkan perbualan, mod transparensi juga boleh diaktifkan oleh pengguna.

Bateri yang digunakan pula mampu bertahan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengecasan semula menggunakan port USB-C, melepasi piawaian IPX5, tambatan pantas menerusi bluetooth 5.2 dan banyak lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd